Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Seputih kemboja sewangi seroja Kelahiranmu disambut mesra Sepenuh kasih sayang kau dijaga Berkorban nyawa tidak mengapa Diberimu pendidikan sempurna Dunia serta agama tidak dilupa Setelah kau meningkat dewasa Pada ibubapa kau menderhaka Tergamak hati ibu kau guris luka Kasar sikapmu tiada lagi terkira Teganya melihat ibu sakit menderita Kerana pria yang kau anggap syurga Bagimu syurga serta neraka itu tiada Hanyut kau sendiri dalam dosa tercipta Kau enggan akui kewujudan yang Esa Tanpa sedar hidupmu terganggang bara Dalam kesima pentas sandiwara dunia Di hari muka tiada menjanjikan apa-apa Wahai anak derhaka........ Pulanglah segera kepada fitrahmu semula Pinta ibu.... sadar...... sadarlah kau segera Muga kekesalanmu tidak terlewat tiba...... Basnah Anna Hassan 27/6/2017 Singapura

Categories:

Leave a Reply