Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Aku hanya wanita biasa Dalam cinta terlalu mudah terluka Pernah dulu kecewa terhiris duka Kini lara mengenggam hampa Pedih hati luka kian membara
Fahamilah pengertianku ini Meski hanya kenangan sebuah memori Seringkali terjaga ku dalam mimpi ngeri Lantas di sini lamunanku terhenti Bahu sandaran kasih tidak kutemui Cuma ada warkah perjalanan sepi Mengamit lambaian gedung hati Tiada hadirmu di sisi menemani Serasa hingga kini ku menyendiri Aku hanya wanita biasa Jauh dari menjadi insan sempurna Tidak mungkin jadi bagai kau pinta Matang mampu sentiasa bersikap dewasa Kerana aku adalah aku seadanya
Ketahuilah aku masih punya rasa Menanam harapan impian cita-cita Ingin ku dibelai serta dimanja Dalam harapan impian kosong belaka Kasihku hanya kau jadikan pepatung cinta
Basnah Anna Hassan 20/4/2011 Singapura

Categories:

Leave a Reply