Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Pernah suatu ketika dahulu Diriku terbelenggu oleh buntu Aku adalah kesalahan bagi ibu Diam jiwaku menangis tersedu Hanya ayah tempatku mengadu Mengapa aku diperlakukan begitu Bukankah aku juga adalah anakmu Meski pun semua ini bukan mahuku Suratan takdir telah menjadi penentu Dahaga aku mengemis kasih sayangmu Langkahku alun mengikut edaran waktu Sesekali tidak kusesali apa yang berlaku Meskipun tidak ku tahu dosa dan silapku Namun darimu ku pelajari ertinya rindu Tabah dalam mencari destinasi arah tuju Sendiri membina impian cita dan ciptaku Menyadari bahawa intan bukannya batu Biarkanlah airmataku gugur satu persatu Yakin dan pasti Allah mengira deraian itu Dia telah mempunyai yang terbaik buatku
Basnah Anna Hassan 4/3/2017 Singapura

Categories:

Leave a Reply