Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Apabila bosan dan kecewa daripada usaha sia-sia ALLAH tahu bagaimana keras anda telah cuba
Apabila sudah menangis sekian lama dan hati dalam kesedihan ALLAH telah menkira air mata kita
Jika merasa bahawa kehidupan ditunda dan masa telah berlalu ALLAH sedang menunggu bersama kita
Apabila kesunyian dan rakan-rakan terlalu sibuk walaupun untuk panggilan telefon ALLAH sering berada di sisi
Apabila telah mencuba segala-galanya dan tidak tahu apa harus dilakukan ALLAH mempunyai jalan penyelesaian
Apabila rasa tidak masuk akal dan keliru atau kecewa ALLAH mempunyai jawapannya
Jika tiba-tiba pandangan menjadi cerah dalam mencari jejak harapan ALLAH telah berbisik kepada kita
Apabila sesuatu perkara menjadi lebih baik tetaplah bersyukur ALLAH yang telah mengkurniakannya kepada kita
Apabila merasa gembira akan sesuatu berlaku dan diri dikagumi ALLAH telah tersenyum kepada kita
Apabila mempunyai tujuan untuk memenuhi segala impian Allah telah membuka mata dan memanggil nama kita
Ingatlah bahawa di mana sahaja kita berada atau apa sahaja yang sedang dihadapi ALLAH MENGETAHUI TERBAIK!
Basnah Anna Hassan 28/2/2010 Singapura

Categories:

Leave a Reply