Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kala hujan membasahi bumi Ada sungutan tidak puashati Lupa akan rahmat yang diberi Untuk hijauan tumbuhan bumi Mekar subur banjaran di hati Kala mentari terik membakar diri Kesyukuran hambar tiada bertepi Lupa juga akan kurniaan dari Ilahi Sedangkan ianya menyerikan hari Sedarlah diri wahai para insani Siang berganti malam menemani Kehidupan diberi penuh warna warni Tadahlah tangan munajat mensyukuri Basnah Anna Hassan Singapura 3hb Januari 2017

Categories:

Leave a Reply