Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Dalam puisi naungan naluriku berbahasa
Tercipta indahnya rangkaian simpulan rasa
Bukan ianya berdiri tersendiri tanpa nakhoda
Rumpun batasnya menjangkau maya persada

Tiada juga terasing pada kemarau yang melanda

Meski kelam purnama dalam lambaian redupan senja
Memastikan fajar tetap menyingsing menyambut suria
Anugerah kalam tarian cinta suci dari yang Maha Kuasa

Disitu hadirnya imam dan makmum tersirat dalam rahsia

Dimana sukarnya telanjang mata menembusi pancaindera
Bersemayam tertib bersenandung halus naluri yang peka
Hanya bagi merektaa yang mengerti bahasanya puisi cinta

Categories:

Leave a Reply