Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Bila secebis bicara tiada lagi bererti Kemanakah langkah harus kupergi Demi sebuah destinasi yang pasti Dalam lakaran mega senja dinihari Kanan kiri hanya sekelumit caci maki Akan mampukah semua itu kutempuhi Kala ganas gelora kian seinci menghampiri Memukul sisa perjalanan rapuhnya nurani Menyusuri bibit-bibit kasih yang tiada bereti Ku semayamkan kebenaran hati yang tersakiti Tanpa perlu lagi menoleh kemunafikan insani Manusia yang penuh dengan kebusukannya hati Tanpa adanya lagi selendang cakaran budi pekerti Semuanya hanyut dibawa arus keegoan modenisasi Masing-masing terbelenggu kemelut hidup sendiri Kekejaman kini menjadi tirai pelabuhan yang termatri

Categories:

Leave a Reply