Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Ingin ku cari jejak kembara yang hilang
Kala camarku enggan kembali pulang
Bagaikan terperangkap jejak terhalang
Tika sayap patah tak mampu lagi terbang

Ku tinggalkan sementara segala impian
Meski terluka dalam seribu pengharapan
Memperjuangkan ertinya sebuah kejujuran
Ketika kehidupan kian terhimpit kebelengguan

Akan kuhakis segala rasa dendam dan benci
Dulunya yang pernah bertahta di kemuncak hati
Menghancurkan dinding dan bumbung sanubari
Kerana bagi diriku riwayat dirimu telah lama mati

Categories:

Leave a Reply