Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Bergulir waktu bagaikan tidak terasa
Kini menjangkau usiamu makin dewasa
Kelak pasti meniti alam zaman remaja
Penuh cabaran dan rintangan melanda

Semuga dikau tabah menghadapi segala ujian
Usahlah sesekali dirimu tersasar di luar landasan
Seandainya langkahmu berada di persimpangan
Kembalilah dikau di permulaan arah perjalanan

Ingatlah segala panduan nasihat dan pesanan
Yang seringkali buatmu tak jemu daku tinggalkan
Dakapan dan pangkuanku buatmu kubentangkan
Demi jembatan kebahagiaanmu di masa hadapan

Semuga suatu hari kelak kau menjadi anak tauladan
Penyambung bagi ikatan kesucian benangnya warisan
Menjadi lambang tatasusilanya erti sebuah kekeluargaan
Simpulan rantai kasih sayang yang kekal berpanjangan

(SELAMAT HARI ULANGTAHUN UNTUKMU MAMA UCAPKAN
HANYA SECORET PUISI USANG YANG MAMPU MAMA PERSEMBAHKAN
SEBAGAI TANDA BINGKISAN ERTINYA SEBUAH KASIH SAYANG
YANG TIDAK PERNAH MUNGKIN KAN PUDAR DITELAN DEK ZAMAN
MESKIPUN JAUH DI MATA NAMUN SENTIASA BERADA DALAM INGATAN)

Basnah Anna Hassan
6/2/2015
Singapura

Categories:

Leave a Reply