Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Seupamanya garam dilautan
Puisi cinta ceria ku melodikan
Mengubati sepi hati kelukaan
Muga suatu masa jadi siulan
Mewarnai mayanya percintaan

Menggapai ranting kedewasaan
Meliputi ikatan dawai ketulusan
Penuh ketulusan serta kesetiaan
Tiada racun panah kemunafikan
Mahupun pohon duri kebencian

Seharusnya cinta penuh kesucian
Anugerah yang penuh kerahmatan
Terpahat dalam naluri kemanusiaan
Mengalir di setiap generasi keturunan
Kasih sayang Ilahi penuh keagungan

Tiada dendam tiada erti kebencian
Berganding sifat sabar dan kemaafan
Disini lahirnya jiwa penuh ketenangan
Tiada tercemar oleh nila noda kenistaan
Tika sanubari sering dilamar kerinduan 

Categories:

Leave a Reply