Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Salam minal walfaizin ikhlas kuucapkan
Kepada teman-teman yang dalam ingatan
Seribu kemaafkan setulus hati kulampirkan
Seandainya terdapat silap dan kesalahkan
Sepanjang perkenalan serta persahabatan

Tatkala bergema takbir penuh kesyahduan
Singkaplah tabir mulia penuh pengharapan
Semuga tiada kan terulang segala kesilapan
Silahturrahim marilah bersama dipereratkan
Tanpa adanya dendam nisbah usul kebencian

Pengalaman lalu jadikanlah sumber pelajaran
Jadikanlah kesilapan inspirasi berpedoman
Dalam cahaya keimanan yang penuh keinsafan
Semuga hari mendatang tidak berisi kekesalan
Tika dunia kabur semakin kelam berserakkan

Categories:

Leave a Reply