Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Diulit rindu kasih berlagu
Menenun lembaran tirai syahdu
Dalam kesamaran bahasa kalbu
Hambar mengharapkan bait restu
Tiada susunan langkah pijak bersatu

Tersentak khayalan dibuai belenggu
Kala kenangan menjelma bertamu
Sangkar memori berlabuh sendu
Terperangkap nista segala rindu
Dalam onak sengsara yang berliku

Taman cinta kini jadi pusara berbatu
Melenyapkan nyanyian camar yang merdu
Tiada lagi dendangan senja waktu dahulu
Tinggal hanya seiras wajah dungu membisu
Menemani mawar jingga yang terkulai layu 

Categories:

Leave a Reply