Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Sebuah erti cinta di akhir zaman
Seolah merdekanya kemaksiatan
Mukabuku luahan bagi kemungkaran
Demi mendapatkan populariti murahan
Bebasnya zina tanpa halal pernikahan

Megah mendabik dada dosa di pangkuan
Kanvas lensa kelakuan menjadi kebanggaan
Kononnya dialah kekasih dari suratan impian
Mampu memberikan madunya kebahagiaan
Membasahi tandusnya geluk kegersangan

Menyempurnakan nafsu serakah kuasaan syaitan
Sanggup pula orangtua terbuang ditinggalkan
Kekasih yang dianggap suami menjadi pilihan
Syurga bagi rimba taman mahkota tugu idaman
Dalam mungkar berbicara pula bahasa Tuhan

Sehingga sanggup hatimu melupakan keimanan
Lupa semaian benih yang kian berkembangan
Melenyapkan rendangnya pohon kemanusiaan
Tika kau hanyut keseronokkann dalam pesona
Akhirnya cebisan nyawa di pinggiran dicampakkan

Sadarlah insan.....agama jangan kau persiakan
Kemurkaan Tuhan bencana yang kau dapatkan
Pulanglah kau ke pangkalan mulanya perjalanan
Sebelum dirimu bergelumang dalam penyesalan
Sedangkan kekasihmu hanyalah bahan pembakaran

Categories:

Leave a Reply