Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Kerana takdir kita harus perpisah
Mengintai layu di penghujung resah
Mencoretkan catatan sebuah kisah
Menerima segalanya dengan pasrah

Demi hidup yang semakin kian berubah
Melangkah kini dalam perjalanan berlainan arah
Membalut luka meski kian pedih terus berdarah
Dalam sketsa pelayaran cinta yang tiada bersudah

Sesungguhnya kasih bertaut di dahan yang patah
Meski jemala palutan rindu tiada sedikit pun bergoyah
Meniti kesenduan data hari yang kian semakin memerah
Melepaskan ruang kenangan mejadi titik lakaran sejarah.

Categories: , ,

Leave a Reply