Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


(Kuilhamkan puisi ini untuk sahabat sekerjaku MYazid)

Sahabat........
Darimu kumengerti kamus erti persahabatan
Persahabatan yang benar tulus penuh keikhlasan
Kau memberikanku akan makna sebuah kehidupan
Suka dukaku sentiasa ada kau disisi berdampingan
Bersamamu bermukim syahdunya jemala kedamaian

Sahabat........
Kau memberikanku tumpuan dan perhatian
Sentiasa berada di sisi di dalam suka kedukaan
Tidak jemu memberikan dorongan dan sokongan
Membantu di saat-saat ku menemukan kesukaran
Tiada sesekali kau meninggalkan diriku bersendirian

Sahabat........
Tidak pernah gersang darimu akan senda gurauan
Tiada kemarau darimu akan sikap pertanggungjawapan
Bertugas bersamamu kurasakan indahnya kebersamaan
Kesihatanku seringkali kau jadikan seribu kebimbangan
Mengharapkan ku terus berusaha demi satu kesembuhan

Sahabat........
Hanya puisi ini untukmu yang mampu kulakarkan
Diiringi doa kudusku yang lahir dari hati ketulusan
Setiap titik perjalanan langkahmu dirahamati Tuhan
Sejahtera kehidupanmu sentiasa diberikan kebahagian
Terhindar juga dirimu dari segala aura negatif keduniaan

Categories: , ,

Leave a Reply