Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Ibu....bagiku hanya sebuah nama
Tiada kumengenali apa erti maknanya
Mahupun merasai sentuhan rasa cinta
Kasih sayang cuma belaian penuh hampa

Ibu....hanya igauan bayangan ilusi mimpi
Tidak pernah hadir dalam sedetik realiti nyata
Dalam dendam bencimu aku terbuang merana
Tanpa ku tahu akan kesalahan dosa yang ada

Ibu....hanya dari sosok seorang bapa kupunya
Mendidik dan membelaiku tanpa jelah menghiba
Mengajarku erti kasih sayang suci lagi sempurna
Menjadikanku insan tegak berdiri mengapai cita

Ibu....dulu kini dan terus hingga selama-lamanya
Hanya kekosongan nama di atas kanvas nyata
Percikan dari bayangan gurauan tempias airmata
Cuma sosok khayalan yang tidak mungkin menjelma.

Categories: , ,

Leave a Reply