Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Sekian lama bertemankan kesuraman malam
Menantikan siang yang tiada berkunjung datang
Melalui angin kukirimkan khabar luka seribu salam
Tika hadir jasadmu hanya meninggalkan bayang

Tergamak kau mungkiri terpatrinya segala janji
Demi cinta kita lautan api sanggup kau renangi
Tapi kini kau anggap aku hanya lukisan carta mimpi
Bagai kelembak bagimu aku tiada lagi memberi erti

Kau membunuh segala kerinduan yang bermukim
Bahang asmara kau jadikan bara di dalam sekam
Robek sudah diari cinta kita di persimpangan jalan
Egomu menongkah bagaikan tiada bersempadan.

Categories: , ,

Leave a Reply