Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Ringkasnya bingkisan kata-kata
Kiriman hadiah darimu kuterima
Semuga diriku akan berbahagia
Sambil ucapan maaf kau pinta
Kerana dirimu tiada berupaya

Demi membina kota singgahsana
Walau ada gumpalan rasa cinta
Namun tanpa adanya bekalan harta
Percintaan kita tiada akan ke mana
Hanya membuahkan rona derita

Pintamu  tabahku mengharungi hari muka
Tiada kusangka kau hanya bersandiwara
Ternyata kau telah ada yang lebih istimewa
Lebih terindah bentuk polosan paras rupa
Maka kau lebih memilih dia yang ayu jelita

Bukan diriku yang menanti kehidupan sisa masa
Esok mahupun lusa belum tentu bakal adanya
Berjumpa sinar mentari pagi meskipun purnama
Namun tiada apa dan tidak mengapa aku rela
Nisan di pusaraku bertintakan kaca simbahan luka.

Categories: , ,

Leave a Reply