Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Dalam kesyahduan dilemma rindu
Kedinginan tahun-tahun pilu pun berlalu
Tika dan saat waktu pedih termanggu
Silih berganti keresahan datang menganggu

Kini abadi kubukukan dalam sudut persinggahan
Di mana kenangan kuanggap hanya bayangan
Walaupun kegetirannya memberikan pengalaman
Namun bersemadi kukuburkan di sudut kehidupan

Akan kembali ku menongkah terciptanya cita-cita
Menghapuskan segala yang membelenggu di dada
Menongkah melawan keganasan lautan samudera
Berbekalkan secebis dari sisa-sisa peninggalan usia

Bebas berlegar di udara melebarkan sayap destinasi
Memperhalusi dan mengukuhkan menara tapak posisi
Tidak mungkin tergugat mahupun goyah sudut isi hati
kekejian dan hinaan akan kujadikan modal satu inspirasi 

Categories: , ,

Leave a Reply