Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Merenung bayangan resah
Menyingsing tabir resah
Menyingkap hati gundah
Bernadakan harapan pasrah
Talian kasih berakhir sudah

Teratak impian gugur punah
Dalam bayangan hancur musnah
Melumatkan kenangan terindah
Kala terantuk terlewat tengadah
Sekelip mata segalanya berubah

Walau rindu berpaut resah
Cerita kisah cinta menjadi gundah
Di sini tercipta jurang pemisah
Tiada lagi sengketa perlu berbalah
Lakarkanlah mentari cerah berwajah. 

Categories: , ,

Leave a Reply