Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Menghunus tajam kuku-kuku durjana
Menghempas menghancurkan dunia
Memporak-perandakan Carikan Gaza
Mengorbankan jutaan puluhan nyawa
Agar impian syaitan dapat tercipta 

Dasar Yahudi tamak gilakan kuasa
Nyawa dijadikan permainan senjata
Bayi-bayi suci mereka jadikan mangsa
Dibunuh kejam tanpa ada ikhsan rasa
Kedayusan Israel terpamer berleluasa 

Mengalir jernih darah Sang Pramuja
Mempertahankan Islam maruah Agama
Demi terbelanya maruah anak bangsa
Meski harus kehilangan keluarga tercinta
Dalam menempuhi gelora badai menimpa

Tiada sedikit pun goyah jiwa dan raga
Nurani perwira yang bersemangat waja
Kala melindungi kesucian Masjid Al-Aqsa
Biarpun Palestin harus terus menderita
Perjuangan mulia lebih amat bermakna

Di mana kuasa besar Amerika yang buta
Yang sering menyalak bagai anjing serigala
Ternyata mereka dalang semua angkara
Lagak ingin melebihi Allah Tuhan Yang Esa
Tapi ternyata cuma najis nista yang melata

ALLAHU AKHBAR.....ALLAHU AKHBAR.....ALLAHU AKHBAR
LINDUNGI DAN PELIHARALAH SAUDARA KAMI DI GAZA
AMIN....AMIN...AMIN YA RABBAL ALAMIN........... 

Categories: , ,

Leave a Reply