Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Menghimpun susunan doa
Kala takbir raya bergema
Muga dapat ku sambut ceria
Bersamamu yang tercinta

Melangkah seiring dengan irama
Meninggalkan semalam yang duka
Tanpa belahan meretak di jiwa
Dalam rumpunan kasih mesra

Namun semua seketika cuma
Sekadar hiasan memori cinta
Tanpamu hari raya tak bermakna
Sendu bertemankan airmata

Kau jadikanku musafir kembara
Mengayam luka dalam berkelana
Menimba sendu di sudut pagi raya
Dalam gemalai sebak di dalam dada 

Categories: ,

Leave a Reply