Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Samarinda benang sutera
Sulaman kalam tercipta
Seindahnya berlabuh senja
Sebeningnya cahaya cinta
Sewangi setanggi syurga

Semarak kasih dari yang Esa
CintaNya tiada pernah dusta
Berlagu tanpa cacat dan cela
Sempurna relung segalanya
Bagi insan ratapan dunia

Tiada merugikan antara sesama
Tulus sejati tanpa tanding tara
Sujud dan syukur hanya untukNya
Atas anugerah rahmat yang diterima
Terbilangnya tiada keluasan samudera

Beratapkan langit meredupkan semesta
Melewati dinding kepingan hati yang mulia
Dalam kedalaman lembut tatanya cara
Menimang akan tulusnya madah bicara
Meniti alur titian jembatan nan bahagia 

Categories: ,

Leave a Reply