Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Bahagia ku impikan ternyata derita
Berpaut pada bahang sengsara
Bergalaskan hambar dedaunan cinta
Berendangkan pepohonan airmata

Kala impian kasih mekar berbunga
Tergamak kau hempaskan di sudut duka
Hanya kerana dibuai dek kekalutan rasa
Kekasaran menguasai ranting-ranting jiwa

Menghapuskan lembut kuntuman janji setia
Membakar lara empangan luka yang ada
Melemparkan bahang bara keapian nista
Menghakiskan sutera belaian kasih mesra

Teganya dirimu menanam benih-benih luka
Kejamnya dirimu menaburi racun panahan lara
Cintamu ternyata bahana sandiwara dusta
Hanya untuk menambah diari kamus gelora  

Categories: ,

Leave a Reply