Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Syawal syahdu takbir bergema
Menyambutnya dengan riang ria
Berseri wajah kanak-kanak ceria
Dihiasi pakaian indah warnanya

Lauk pauk kuih muih tersedia
Penuh terhidang di atas meja
Marilah bersama menikmatinya
Menghubung jalinan ikatan mesra

Berlinang juga sungai airmata
Dalam salaman maaf dipinta
Memohon restu dari ibubapa
Menghapuskan sekian dosa yang ada

Indah sungguh suasana di pagi raya
Bersama teman-teman tanpa sengketa
Keharmonian sentiasa jaga terpelihara
Antara sesama berbilang kaum agama.

Categories: ,

Leave a Reply