Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Luruh sudah musim kemesraan
Meninggalkan kesan kelukaan
Di sudut kamar pengharapan
Tiada daya untukku pertahankan
Lafaz janji telah kau dustakan

Bunga cinta layu berguguran
Kering sudah di batas sempadan
Membajak lara luka kepedihan
Menyemai benih duri keracunan
Di batas lirihnya embun keperihan 

Obor kekejaman kau nyalakan
Tanpa tapak ruang kepercayaan
Menyemarakan api kegelisahan
Dalam kubu rasa kehampaan
Cinta kau jadikan permainan 

Categories: ,

Leave a Reply