Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Masih segar dalam ingatan
Bahagia yang dulu kau janjikan
Ternyata bayangan ungkapan
Di sudut usang cermin khayalan
Pergolakan kepalsuan perasaan

Sedangkan kedukaan kau taburkan
Pada setiap derap detik perjalanan
Membina kahancuran persada kelukaan
Dari tapak dinding-dinding kerapuhan
Membentuk langit gumpalan kelaraan

Menganggu di sudut jenang kemindaan
Di mana terlalu sukar untuk dilupakan
Walau sejenak telah cuba kulontarkan
Bayangan kelabu menganggu fikiran
Akhirnya dikau terpaksa ku tinggalkan 

Categories: ,

Leave a Reply