Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Merendang gemalai lena beradu
Merentang tirai alunan kasihku
Merunduk gemalai kasih berlagu
Namun merangkak dalam sendu

Melopori kamar ruang kalbu
Mengimbau masa detik berlalu
Tersendat kekosongan dalam buntu
Kala pupukan bayu merantai sayu

Meniup sketsa bayangan rindu
Meredam pedih intaian batas waktu
Terukirlah carikan lakaran warna kelabu
Mengamit asa kelam datang bertamu

Categories: ,

Leave a Reply