Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Mentari ceria terbit berbunga
Melangkah menuju erti dewasa
Mengenggam usia menggapai cita
Menatang lembaran kasih mesra

Mengukir senyum di bibir bersahaja
Melukis polos wajah nan manja
Meniti kembara lembayung senja
Mendakap lembaran impian tercipta

Menuai masa-masa suka dan duka
Muga bahagia menjulang menara cinta
Menyemai benih ilmuan di dada
Mengusir bias bahang api gerhana

Menjadi wira harapan anak bangsa
Menjulang keris kebaktian agama
Mengikrarkan semangat besi waja
Menciptakan mahkota syurga indah untuk semua

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN ISTIMEWA  UNTUKMU NUR ARIFFIN
MUGA DEWASAMU DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T.
LOVE YOU ALWAYS AND FOREVER WIRAKU SAYANG
JADILAH KAMU ANAK YANG BERBAKTI...........


Basnah Anna Hassan
10/6/2012
Singapura

Categories: ,

Leave a Reply