Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Andai aku mawar yang kau puja 
Terimalah diriku ini seadanya 
Usahlah dianggap berlebihan cara 
Kerna aku tidak cukup sempurna 
Terdapat banyak cacat celanya 

Kelopak tidaklah seseri mana 
Mekar pun hanya seketika cuma 
Dilingkari duri panah berbisa 
Tiada kekal marak kemerahan warna 
Tiada haruman untuk dihidu wangiannya 
Bayangan gelap menutupi paras rupa 

Andai aku mawar yang kau puja 
Suatu ketika daku akan layu jua 
Dalam peredaran masa menjadi haba 
Luruh tanpa karangan pusara 
Begitulah takdir kehidupan hamba.

Categories: ,

Leave a Reply