Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kala hati menyimpul sulaman rasa 
Luka di dalam bagaikan tak terasa 
Antara gumpalan sendu dan tawa 
Bagaikan menyulam lembaran suara 

Membenahi bahagia berawankan derita 
Diulik rantaian madah berseloka 
Tiada rangkaian susunan biacara 
Mengheret sendu menjadi dewasa 

Mungkinkah indah mutiara pujangga 
Menyimpan lara disebalik tabir cerita 
Tika jenuh pengalaman dimiliki masa 
Patah jejak ranting tiada sempurna 

Memeluk simfoni kalam kisah lara 
Mengatur rangkaian simpulan bahasa 
Agar dapat dijadikan bingkisan saujana 
Bagai tatapan murni insan dunia.

Categories: ,

Leave a Reply