Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Menyusun baris-baris puisi cinta 
Mengalun gemalai langkah tarian pena 
Menari mengikut rentak irama 
Menyulam benahan pinggiran jiwa 

Menguntum mekar jambangan berbunga 
Menyirat hening santapan di dada 
Menyimpul bicara ungkapan nada ceria 
Menyingkap tabir dari kamar rahsia 

Meninggalkan kesan bekas duka lara 
Memadam impian ilham tercipta 
Memangkal perdu lautan sejarah luka 
Mengilhamkan pahit manis seribu duka 

Kini tinggal puisi cinta tiada bermakna 
Menjadi dongengan bangsawan gulana 
Mempertikaikan galaksi putaran sengketa 
Pada bicara suara bermadah dusta.

Categories: ,

Leave a Reply