Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Bagi Anak-anakku Tercinta Nurlydiana,Nuralif,Siti Khadijah-Dalam Ingatan,Nur Ariffin Dan Nurhuda 



Berkelana jiwa yang lara 
Mengembara tanpa tuju hala 
Mencari damai tiada berjumpa 
Kala resah kian mendabik dada 

Mencarik rasa gurindam jiwa 
Mutiaraku terlalu jauh berada 
Rapuh dahan tempat bermanja 
Menjadikan kesan memori bersahaja 

Di antara palitan suka dan duka 
Legasi lara kelam bertahta 
Tiada pesan khabar kuterima 
Hasrat terkumpul tiada berdaya 

Hanya himpunan doa sepanjang masa 
Mutiaraku 'kan kembali ceria semula 
Menghapuskan bening airmata yang ada 
 

Bergerak dewasa kelak di hadapan mata.


Basnah Anna Hassan
26/5/2012
Singapura
 

Categories:

Leave a Reply