Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Di sini kita berjumpa 
Memendam menyimpan rasa 
Namun tersingkap jua 
Bicara ungkapan cinta 
Tanpa ada lagi rahsia 

Sedang cinta putik berbunga 
Bencana datang menimpa 
Jodoh di antara kita tiada 
Ternyata kau sudah berpunya 

Cintamu dusta tiada setia 
Menanam janji kosong belaka 
Membunuh simpulan rasa 
Aku kau anggap bersahaja cuma 

Melamar amarah dan gelora 
Meninggalkan parut duka lara 
Pada wajah-wajah hampa 
Menuai lukaku dalam derita.

Categories: ,

Leave a Reply