Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kala kesedihan setia menemani 
Kepahitan hempedu ku telan sendiri 
Mengisi kekosongan tiada bererti 
Tercalar hati menggamit memori 
Hadirnya pengertian sering ku nanti 

Namun itu tak mungkin terjadi 
Realiti sekadar khayalan sketsa mimpi 
Membuai bayangan alunan cermin hati 
Carikkan lukisan lakaran benang ilusi 
Kehadiran yang tak mungkin wujud di sisi 

Tangisan sendu kian mengisi hari 
Menjadi akrabnya teman sejati 
Seruling hati pun berlagu sepi 
Tika sunyi resah kian terkunci 
Membenamkan hasrat yang dihajati.


Categories: ,

Leave a Reply