Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Yakin percaya sukar bertahta 
Kala hati diselaputi luka 
Lantaran tiada makna cinta 
Di bibir cuma luahan bicara 
Namun di hati ketulusan tiada 

Impian cipta rancang terbina 
Menjadi igauan mimpi bersahaja 
Keindahannya sementara cuma 
Mengenggam setia ternyata dusta 
Terbuka hati terkunci semula 

Menyadari mentari terbit tak sepanjang masa 
Mendung hadir sukar pula dibaca 
Tersingkaplah tirai tabir senja 
Dalam irama gelap nan gelita 
Tiada menjanjikan erti bahagia.






Categories: ,

Leave a Reply