Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Melalui destinasi sepi 
Ku alun langkah sendiri 
Mengenggam taburan sisa mimpi 
Dalam mencari identiti diri 
Entah dulu ke mana pergi 

Diulit nostalgia ikatan memori 
Kala luka berdarah tak terubati 
Keperitan perih kembali membaluti 
Kala terukir janji dimungkiri 
Tirisan luka pun kembali bersemi 

Mengapa ini harus terjadi 
Saban hari diri ini kau sakiti 
Bagaikan lagi tiada rasa simpati 
Dian cinta pun pudarlah mati 
Tiada lag warna memberi erti 

Lantas ku pergi melangkahkan kaki 
Menanti terbit suria embun menemani 
Menyuluh cahaya sepi sekeping hati 
Mengiringi nyanyian cinta nan suci 
Menjadikan lakaran jingga warna pelangi.

Categories: ,

Leave a Reply