Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Di sini suka di sana cinta 
Membuai hati berkelana 
Bukan lakaran segi tiga 
Untuk nyata jiwa bertahta 
Namun satu tiada duanya 

Di sini suka di sana cinta 
Setia kasih hanya buat si dia 
Sedangkan kita cuma bersahabat saja 
Mengertilah siratan maksudnya 
Usahlah keliru mengimbang rasa 

Di sini suka di sana cinta 
Terimalah hakikatnya nyata 
Jangan cinta cuba dipaksa 
Mengalir hadirnya bersahaja 
Tanpa kesalan datang menimpa 

Di sini suka di sana cinta 
Diriku bukan untukmu tercipta 
Kerana dialah menjadi pasangan jiwa 
Usahlah kau hampa dan kecewa 
Hanya kerana diriku sudah berpunya 
Suatu masa mempelaimu pasti tersua.




Categories: ,

Leave a Reply