Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Usah lagi kau memujuk rayu 
Hati ini yang sering kau lukai 
Pintaku cuma hanyalah satu 
Luputkanlah ikatan segala memori 

Pergilah cari pengganti diriku 
Muga dapat melengkapi kekurangan 
Kerana hadirku cumalah sekadar waktu 
Bagi mengisi bekas ruang kekosongan 

Diri ini cuma sekadar gagak di rimba 
Dipenuhi riwayat sejarah kehitaman 
Tiadak mungkin indah berubah warna 
Untuk kau jadikan piala kebanggaan 

Apa yang terjadi tak mungkin ku kesali 
Meski dalam pasrah rebah ku mengalah 
Walau lahirku bukan bagai srikandi 
Kala pergiku menopang sayap yang patah.




Categories: ,

Leave a Reply