Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Berlalulah pergi kesedihan 
Kala hati tiada daya menahan 
Dibendung ombak kedukaan 
Sedang airmata kian kekeringan 
Tak mampu lagi bercurahan 

Gugurlah titisan hujan tangisan 
Meleraikan kesinambungan kelaraan 
Dari kedalaman lurah perasaan 
Menghanyutkan arus perih kelukaan 
Yang sekian lama tersimpan 

Hapuskanlah pedihnya kesedihan 
Berlalu kembara dari kejauhan 
Berbataskan kiriman sempadan 
Jangan lagi datang berdekatan 
Titikkanlah noktah segala kesengsaraan.


Categories: ,

Leave a Reply