Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kasih sayang suka dan cinta 
Tersisip banyak perbedaannya 
Membawa pada kekeliruan rasa 
Menimbulkan tanda tanya jiwa 

Kasih sayang suka dan cinta 
Masing-masing berbeda bicara 
Menyimpan berlainan makna 
Tidak semudah menyimpul kata 

Kasih sayang suka dan cinta 
Dalam gerak naluri terjaga 
Mengaktifkan minda berfikir semula 
Pada tanggapan yang tidak sama 

Kasih sayang suka dan cinta 
Tiada cara membeza sukma 
Mencari jawapan tiada berjumpa 
Terpenjara hati dalam gelora.




Categories: ,

Leave a Reply