Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Di mana-mana bencana menimpa 
Memusnahkan indah ciptaan dunia 
Bergulung-gulung ombak meragut nyawa 
Tiada siapa mampu untuk menghalangnya 

Jeritan suara-suara pilu bergema 
Berkumandang mengisi corong udara 
Mengharapkan pertolongan antara sesama 
Namun kalangan mereka tiada berdaya 

Kemurkaan Tuhan tiada mampu terduga 
Mengirim khabar sebagai petanda 
Supaya menghentikan kekufuran agama 
Kalam Tuhan usahlah sesekali dipersenda 

Merubah hukumNya terimalah padahNya 
Menyesatkan ajaranNya janganlah sesuka 
FirmanNya bukan kiasan gurau senda 
Semuanya benar tegas lurus nyata 

Jadi maka terjadilah atas kehendakNya 
Kasih sayangNya usahlah pernah dipersia 
Sebelum semuanya rata runtuh binasa 
Kembalilah segera kepada kalam sunnah RasulNya.

Categories: ,

Leave a Reply