Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Merajut kegelapan di awal usia 
Musnah hari muka tiada bersisa 
Anak bangsaku bergelumang dosa 
Kala serbuk ilusi menjadi teman setia 

Ibubapa terlalu sibuk bekerja 
Mendidik anak tiada pula masa 
Wang ringgit menjadi lebih utama 
Pembantu pula ditugaskan jadi penjaga 


Gejala keruntuhan semakin berleluasa 
Jadilah kehidupan bagai tiada bernyawa 
Tenggelam dalam buaian dek pesona 

Lantas campur tangan pihak berkuasa 
Menghumbankan mereka dalam penjara 
Namun setelah bebas kembali semula 
Mengharungi badai neraka dunia 

Terbanglah usia menjadi sia-sia 
Lantaran dadah angkara durjana 
Menjadi gerigi perosak akhlak mulia 
Menghakis perlahan keturunan manusia.


Categories: ,

Leave a Reply