Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Luruh cinta kita membeku 
Meniti persada putaran waktu 
Tiada lagi semesra pesona dulu 
Kini cuma dingin bagaikan salju 

Dalam carian penawar rasa rindu 
Tenggelam tanpa irama nan syahdu 
Kasih beku kian diam membatu 

Cinta kita gumpalan onak berliku 
Cerminan jiwa tidak mungkin menyatu 
Kau dan aku berlainan arah tuju 
Rona-rona kasih telah lama pergi berlalu 

Memang bukan pintaku atau pun mahumu 
Suratan takdir menjadi kamus penentu 
Cinta kita bermula dari alunan merdu 
Namun akhirnya berakhir penuh sendu.




Categories: ,

Leave a Reply