Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


 Selamat tinggal dunia
Selamat tinggal semua
Pergi ku membawa lara
Lemah jiwa menahan derita
Harianku terus hiba sentiasa

Selamat tinggal dunia
Selamat tinggal semua D
iriku dipukul ombak maya
Dalam hidup sebatang kara
Aku tak punya apa-apa

Selamat tinggal dunia
Selamat tinggal semua
Aku hanya bebanan dunia
Menyimpul sakit dalam kecewa
Di sini tempatku tiada

Selamat tinggal dunia
Selamat tinggal semua
Kehidupan bagaikan sebuah dosa
Memamah segala jiwa raga
Tiada balang secebis cahaya

Selamat tinggal dunia
Selamat tinggal semua
Selamat tinggal sengsara
Selamat tinggal segala-galanya
Nyata namun kewujudan ku tiada.

Categories: ,

Leave a Reply