Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Di sini ku menanti penuh pasti
Sayang kau tak pernah mengerti
Kala lara jiwa ku merangkul hati
Teganya kau hapuskan semua mimpi
Membenamkan impian kala dimiliki

Kau lontarkan cintaku ke lembah berduri
Tanpa ikhsan dan belas rasa simpati
Sekali lagi tercalar luka kau hiris kembali
Aku kini kau anggap cuma bayangan sepi
Terhumban aku kini dalam panahan berduri

Inikah sungai cinta yang pernah kau sirami
Lahir dari ladang nurani yang kuanggap suci
Ternyata penuh dengan helah seribu janji
Lantas taman cinta kita pudar tiada lagi berseri
Menghapuskan segala hajat yang dulunya terpatri


Basnah Anna Hassan
7/4/2012
Singapura

Categories:

Leave a Reply