Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Bercermin di balik awan
Mencari jernihnya bayangan
Bergurindamkan kepahitan
Mengintai dari sudut kenangan

Bertebaran helaian khayalan
Mimpi indah ditelan zaman
Kenyataan jauh dalam jelmaan
Kian hilang dari jangkauan

Dilemma masa terasa merugikan
Kala menangguk jernih dari kekeruhan
Tidak mudah untuk dilakukan
Memulakan awalan dari akhiran

Bercermin di balik awan
Tenggelam dalam kekelabuan
Lemas diselaputi kegelapan
Hanyut tiada pula berkuburan.

Categories: ,

Leave a Reply