Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Tersentuh hati dibuai kesayuan
Diguris bicara menusuk rasa
Menghiris dalam lurah kelukaan
Membawa luka berdarah semula

Memperkenalkan erti kesenduan
Di penghujung lara kerinduan
Tiada lagi nyanyian kemesraan
Hanya melogi lagu kepiluan

Dibenam mistik misteri airmata
Di kejauhan pinggiran lara
Erat menyimpul episode nestapa
Gurindam jiwa pun berkelana

Tersentak dek ombak gelora
Membentuk cerminan duka
Berguguran sudah bunga cinta
Terkulai layu merunduk hampa


Basnah Anna Hassan
7/4/2012
Singapura

Categories:

Leave a Reply