Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan




Tika nasib dirundung malang
Kelam hati kian memanjang
Jiwa gelora tiada tenang
Serasa bumi bagaikan bergoncang

Derita lara terus mendatang
Tiada apa yang dapat menghalang
Hanya bertemankan airmata berlinang
Menyendiri hidup kian seorang

Bagaikan camar yang terbang
Tiadakan mungkin lagi pulang
Sebongkah harapan turut menghilang
Terumbang-ambing diri pun melayang.

Categories: ,

Leave a Reply