Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan




Dalam sendu mengusik kerinduan
Kekelaman kasih menyapa kelayuan
Terhempas di sudut kedukaan
Berteman lara bayangan perasaan
Meniti gusar ruang kekosongan

Mengenggam hampa sinar pengharapan
Menyentuh sudut hati jauh kedalaman
Kelembutan cinta ternyata keusangan
Tiada menjanjikan titik kebahagiaan
Mahupun membawa khabar keindahan

Mengisi kabus lubuk kegerhanaan
Tika kaki melangkah gerbang kepiluan
Hasrat menghiba dirantai kepasrahan
Mencari secebis penawar lara kebisaan
Menghapuskan jenang tembok kenestapaan.

Categories: ,

Leave a Reply